Yang bahagia-bahagia sahaja**
Kalau nak ikutkan hati, memang dah tak nak datang ofis. Tak jumpa alasan kenapa perlu datang ofis, keperluan atau terpaksa. Terpaksa sebenarnya. Mungkin sebab aku dah tak jumpa apa yang membuatkan hidup ni maju ke depan. Stagnant. Benci aku dengan perkataan tu. Tak, aku tak sepatutnya merasa stagnant. Bila lihat yang aku buat sekarang ni, terlalu klisekah? Bak kata Kariya Jin dalam Bleach, hidup sebagai Bount bagaikan satu putaran, ia takkan berhenti berputar kecuali diri ini sendiri yang memberhentikannya. Tak, aku bukan Bount yang hidup beribu tahun, tapi aku rasakan akhir-akhir ni masa berlalu terlalu perlahan, sampai aku rasa aku perlu habiskan secepat mungkin. Petandanya sudah tiba. Lyn, rehat. Tak perlu lagi memaksa diri menyeksa jiwa. Masanya telah tiba.
Mungkin pilihan terbaik untuk aku bila waktu-waktu macam ni, untuk tinggalkan tempat ni. Persoalannya, adakah tempat yang lagi baik dari ini? Kita sama Elly. Cuma aku tak nak luahkan. Aku terlalu complacent sampai lupa niat untuk jadi lagi competitive. Life is about making the right choices. Betul, tapi macam mana kita nak tau yang pilihan kita tu betul kalau kita tak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Blame it on conscience. Betul. Saranan aku biasanya, love your enemy; without them you’d have nobody to blame but yourself. Persoalannya, sampai bila mau menyayang musuh, bila benci dah menular ke dalam diri...
Bagaimana nak mencari yang bahagia-bahagia sahaja ketika ini? Persoalannya, aku terlalu banyak persoalan! Darn! It's totally not an easy thing to deal with me! I feel you Elly.
** Arghh... penatnya bergaduh dengan diri sendiri!
** pinjam quote ini ya Fareeq!

