Friday, February 17, 2006

risik

family boy friend aku masuk merisik...... cuaks giler!

Saturday, February 04, 2006

tom the cat



Tom the cat is anak Salem (atau Salimah sbb ia seekor kucing betina).Salem merupakan seekor kucing opportunis yang sering datang ke ofis bila lapas, mengawan, beranak dan besarkan anak-anaknya kerana di ofis kami terdapat ramai umat-umat yang menyayangi kucing.

Tom pula merupakan anak Salem yang berjaya membesar dengan sihat kerana 2 ekor adik beradiknya yang lain tidak dapat meneruskan survival dalam dunia yang serba mencabar ini. Namun setelah kelahiran 4 ekor adik-adiknya baru-baru ini... Tom terasa seolah-olah dia ditinggalkan oleh Salem. Salem tidak lagi memanjakannya seperti selalu. Lalu Tom terpaksa menumpang kasih sambil menjaga keempat-empat ekor adik-adiknya demi mendapat kasih sayang seperti adanya dahulu.

Dalam dunia yang penuh cabaran ini... dapatkah Tom menyesuaikan diri dan mendapatkan kasih sayang dari ibunya? Hanya Tom saja yang tau...

ss_blog_claim=19164538d11a8b00af6dbb5124851d93